"KRINGGGGGGGGGG !!",bunyi loceng menandakan waktu rehat.Semua pelajar bergegas keluar dari kelas menuju ke kantin.
'Min tunggu aku,' jeritku pada Muhaimin,salah seorang rakan karibku.Aku mengenalinya sejak tingkatan 1.Aku sudah menanggap dia sebagai
adik beradikku sendiri.
Jadi seperti pelajar lain,aku dan kumpulan aku bergerak ke kantin sambil berbual tentang perihal duniawi.Setibanya di kantin,aku lihat ramai orang
berkumpul di sebuah meja.'Ramainya orang di meja itu,'aku bermonolog.Lalu aku terus ke meja itu,dan disaat itulah aku berjumpa dengan si dia.
'Woi sakitlah !'tengkingnya padaku,
'Apa ? Bukan sakit pun,aku terlanggar sikit sahaja'.
'Hmm,baiklah.Maaf kerana memarahi kau begitu'.
'Ah tidak mengapa,'balasku sambil melemparkan senyuman.Setelah kejadian itu,aku terus berasa gelisah.Seperti ada sesuatu pada gadis itu.
'Min,aku rasa aku sudah jumpa kekasih hati akulah min,'bisikku pada rakanku itu.'Apa halnya ? Siapa gadis malang itu ?'ujar Muhaimin dengan nada
sinis.'Entahlah,sebentar tadi aku terlanggar seorang gadis,kalau tidak silap,Umairah namanya.Dari kelas 2 Mawar'.
Muhaimin tidak membalas sebaliknya dia mendiamkan diri.Seperti ada sesuatu yag sedang difikirkan olehnya.
Keesokan harinya aku datang ke sekolah seperti biasa.Tiba-tiba bagaikan petir menyambar,aku dikejutkan oleh suara garau Muhaimin yang memanggil
aku.'Nah,pandai-pandailah kau jaga budak perempuan tu,'kata Muhaimin sambil menghulur sehelai kertas.Aku bingung.Tanpa menunggu aku
terus membuka lipatan kertas itu.Alangkah gembiranya perasaaku apabila terbukaya lipatan kertas itu,terdapat nombor telefon Umairah.
Rupa-rupanya ini cadangan Muhaimin.
Jadi pada malam itu,aku menghantar pesanan melalu telefon bimbit.Dengan harapan dia membalas mesejku,aku terus menunggu dan menunggu.
Tidak lekang telefon dari tanganku.Selepas beberapa minit,dia membalas.Dan begitulah seterusnya hari-hariku bersama Umairah.Setiap malam berhubungan.
Di sekolah,aku akan sentiasa cari seberapa masa lapang yang aku ada untuk berjumpa dengannya.Untuk melihat manisnya senyuman yang diukirkan
Tetapi,selepas hampir 3 bulan kami berkenalan.Kini tiba masanya.Masa untuk aku meluahkan perasaan aku padanya.Aku tidak peduli,apa pun yag terjadi,
aku akan tetap meluahkannya.Tapi malang menimpaku.Secara tiba-tiba dia tidak membalas mesejku.Puas aku cuba menghubunginya namun tetap tidak dipedulikan.
Tiba-tiba aku mendapat mesej darinya,
'awak,Umai minta maaf.Sebenarnya Umai minat terhadap Danial,tapi Umai sudah ada teman lelaki.Harap Danial faham.
Selepas ini kita tidak boleh saling menghubungi lagi.Terima kasih kerana sudi berkawan dengan Umai.'
Gugur jantungku membaca mesej yang dihantarnya padaku.Hatiku ini bagai ditikam beribu-ribu pedang.Titisan air mata tidak henti-henti mengalir membasahi pipiku.
Aku mengadu perihal ini kepada Muhaimin,tanpa berkata banyak dia terus menenangkanku,memujukku untuk terus bersabar.Bagaimana ingin aku bersabar ?
Kami belajar di sekolah yang sama.Bagaimana jika aku bertembung dengan Umairah ? Dapatkah aku menahan mataku daripada mengalirkan air mata ?
Hampir 3 bulan,kami tidak bertegur sapa.Sejujurnya aku berasa seperti kehilagan sesuatu yang besar maknanya bagiku.Hari-hari yang aku lalui tidak lagi seindah dulu.
Hari-hari yang pernah aku lalui bersama Umairah.Jauh disudut hatiku,aku berharap agar satu hari nanti dia akan kembali menegurku.Agar satu hari kami kembali rapat seperti dulu.
Tetapi,itulah.Bak kata orang-orang tua,kalu sudah jodoh tidak akan kemana.Apa yang aku harapkan benar-benar terjadi.Apa yang aku pohonkan benar-benar termakbul.
Dia kembali menegur semula.Mula mengukirkan senyuman manisnya itu kembali padaku.Kali ini aku sudah bersedia,benar-benar bersedia untuk meluahkan apa yang aku pendam
selama ini.
Pada hari ini,dia telah pun aku miliki.Dan dialah orang yang akan ku sayangi sampai bila-bila.Umairah,seorang gadis yang comel,penyayang,penyabar,dan pemaaf.Sabar dengan pelbagai
kerenah ku.Adakala dia menyakitkan hati.Tapi pada aku dia tetap dihati.Aku berharap agar kisah aku dan dia akan menjadi satu kenangan di alam persekolahan.Akan menjadi kisah yang
tidak mampu salah seorang daripada kami untuk melupakan.


